29 January 2014

SEOUL GARDEN


Hai semua. 
(cliche sangat kan ! *hari yang sama update blog makanan* tapi iolss peduli apa) 

          Sempena blog makanan ni bergerak kepada post makanan yang pertama, mari lah kita acah-acah menjejakkan kaki ke Korea dengan menu konon-kononnya rasa lah berada dibumi Korea kan. Hahaha. So, selalunya ramai yang bertanya :-


  1. "Apa yang best sangat makanan Korea ni?"
  2. "Korang ni nak jadi K-Popers ke sibuk sangat nak tiru Korea?" 
  3. "Banyak tempat makanan Korea, tapi kenapa kau pilih Seoul Garden?"
  4. "Kenapa mahal sangat untuk satu orang ni, berbaloi ke?"
  5. "Dalam Runningman makanan diorg sedap-sedap, sama ke dengan Seoul Garden?"


        Banyak betul persoalan awak, awak dan awak. Tapi awak tau tak, kadang-kadang advertisement dalam TV tu kekonon burger lagi besar daripada air tin yang boleh buat kita meleleh air liur betul-betul wujud ke? PADAHAL! Last-last dapat burger pun dah penyek punya. So, kita semua FRUST, FRUST dan FRUST kan? Biasalah tu,  sebab aku pun biasa jadi orang yang pertama frust tertonggeng-tonggeng bila dapat burger tak sama macam iklan. KahKahKah. So, apa korang patut buat bila dapat burger macam tu? REDHA ye anak-anak. R.E.D.H.A

(kenapa merepek sampai ke Burger ni oi? )

Jadi, haritu buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Seoul Garden yang ada dekat Paradigm Mall.

Seoul Garden at Paradigm Mall (Outdoor)


Seoul Garden at Paradigm Mall (Indoor)
Credit to http://chocomikoland.blogspot.com 
Seoul Garden yang ada dekat Paradigm Mall ni memang diakui cantik hocchay nak dibandingkan beberapa tempat yang aku tahu lah kan.

So, apa kelebihan Seoul Garden ni yang korang perlu tahu kalau korang nak kunjungi? 

Benda pertama korang patut tahu ialah rate ataupun harga untuk satu kepala.



So, aku punya bahagian tolak diskaun sebagai student, campur dengan tax semua, adalah jugak RM30. Ok lah kan sebab aku pun makan sampai tercungap-cungap macam tak boleh nak bangun daripada kerusi, kira berbaloi lah tu.

Kita teruskan pula ke bahagian makanan. Dengan 30 hengget kalau korang belanja dekat sini, makanan apa je kan korang dapat makan? Nah, tengok ni :-






SEAFOOD & AYAM & DAGING (Daging diperam dengan perasa tambahan)
Seafood ni korang boleh ambil seberapa banyak korang suka tapi jangan lah sampai membazirkan. Korang nak bangun selang seminit daripada kerusi semata-mata nak tambah makanan pun tak apa. HaHa

ADDITIONAL FOODS  
Untuk tambahan makanan macam sayur, Seoul Garden sediakan kangkung, kimchi (kubis tak berapa nak pedas yang diperam) , maggi.

ABC,ICE CREAM

Kepada mereka yang dah  berpeluh-peluh makan makanan yang berat, nak rasa benda sejuk, ice cream macam-macam flavour ada, dan ABC pun ada.(Korang kena buat sendiri -Self-service semua dekat sini.) Air pun boleh siap refill sampai korang kembung air.



Selain daripada korang barbecue makanan tu, korang boleh nak buat sup jugak. Diorang bagi 7 choices of soup. Kira macam base lah kan :-


  • Chicken
  • Ginseng Soup
  • Kimchi jigae soup
  • Super Tom Yam soup
  • Super Kmichi Soup
  • Tom Yam soup

Tapi selain daripada chicken soup, korang akan dikenakan charge RM5 untuk pilihan base soup yang lain.

So, dekat mana je ada Seoul Garden ni selain Paradigm Mall yang aku sebut tadi?


                                      Klang Valley
1 Utama Shopping Centre
LG 345, Lower Ground Floor,
Highstreet,
1 Utama Shopping Centre,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
IOI Mall
Lot EG9 & EG10, Ground Floor,
IOI Mall New Extension
Batu 9, Jalan Puchong,
Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong,
Selangor Darul Ehsan
Paradigm Mall 
Lot GB02A, Ground Floor,
Kelana Jaya.
KL Festival City 
Lot G38, Ground Floor,
KL Festival City,
67, Jalan Taman Ibukota,
Taman Danau Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur
Tel: 603- 4131 7385


Setia City Mall
Seoul Garden Setia City Mall
Lot LG 23, Lower Ground Floor,
No : 7, Persiaran Setia Dagang,
Section UB,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
The Mines
L3-59, Level 3, 
Jalan Dulang, Mines Resort City,
Seri Kembagan, 43300,
Selangor Darul Ehsan
Penang
Plaza Gurney
170-B1-32A, Basement 1
Persiaran Gurney,
10250, Penang
Auto City
1831-G1
Jalan Perusahaan
Highway Auto-City
North-South Juru Interchange
13600, Perai
Queensbay Mall 
Unit 3F - 02, Queensbay Mall
100 Persiaran Bayan Indah
11900 Bayan Lepas
Pulau Pinang



Malacca
Mahkota Parade
Lot G87 & G88, Ground Floor
Mahkota Parade,
No. 1, Jalan Merdeka,
Malacca, 75000




Johor Bahru
City Square
M3-05 & 06, Level 3
City Square,
106- 108, Jalan Wong Ah Fook,
80000, Johor Bahru
KSL City
LG 46, 47 & 48, Lower Ground Floor
KSL City
No. 33, Jalan Seladang,
Taman Century
80250, Johor Bahru




Ipoh
Jusco Aeon Kinta City F55A, Aeon Kinta City Shopping Centre,
No. 2 Jalan Teh Lean Swee,
Jalan Sultan Azlan Shah Utara 31400
Ipoh, Perak



Kedah
Amanjaya Mall
 Lot 4, Tingkat 2,
No 1, Jalan Jati 1,
Kompleks Amanjaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Alor Star Mall
Lot G03A, Ground Floor,
Kawasan Perusahaan Tandop Baru,
05400 Alor Setar










Untuk pengetahuan korang, semua menu sama je dekat mana-mana Seoul Garden , cuma pemandangan dan keadaan setiap outlet akan berlainan. So, amacam? Berbaloi tak harga dengan selera korang? HiHi

Aku rasa sampai situ je lah penjelajahan kita semua untuk menjejaki makanan Korea *acah-acah k-popers sikit*. Sampai waktu nanti aku bawak korang lagi ke makanan Korea yang lain kalau korang minat gila lah kan dengan makanan Korea. Jadi......

Tips akhir korang perlu tahu kalau berada di Seoul Garden :
  • Duduk di tempat berdekatan dengan makanan (Korang akan bangun lebih daripada dua kali semata-mata nak ambil makanan) PERCAYALAH! 

Akhir kata daripada tuan empunya blog ni,
 PERGI KE PASAR DENGAN ABANG WARDEN, 
       BAIKLAH KORANG, SELAMAT KE SEOUL GARDEN !

 p/s: Gambar kebnyakkan bukan daripada tuan hamba, tuan hamba mampu menggambarkan perasaan dan pengalaman, sebab utama kenapa bukan gambar daripada tuan hamba ialah TERLUPA AMBIL GAMBAR. Yes, excited nak makan menjangkaui perasaan nak tangkap semua gambar makanan. HeHe. Terima kasih saya ucapkan kepada pemilik-pemilik gambar tersebut.

Check out Seoul Garden website :  http://www.seoulgarden.com.my/

Check out Seoul Garden Corporate Video :-



PEMBUKA KATA UNTUK SI KUAT PENCARI MAKANAN.

Hi Chuoollsss, awak!
*chuools nampak macam gedik sangat* HaHaHa

Pertama sekali, tujuan blog ni diwujudkan sebab... *ketuk dram sikit*

Jeng, jeng, jeng....

Sebab AKU ni suka sangat makan. So, alang-alang keluar makan banyak tempat, meh lah aku nak share sikit, banyak, banyak sikit dekat para penggemar makanan dekat luar sana. Kebanyakkan budak-budak sekarang nak share makanan sedap-sedap je kan dekat instagram, tak kisah lah walaupun korang ni minum dekat kedai mamak, masak maggi dekat rumah, ataupun order mineral water je dekat restoran mahal, semua nak instag kan? KAN? KAN? Percayalah, sebab aku pun buat. KAHKAHKAH

Kedua, dalam setiap post yang bakal aku pamerkan kepada chuools semua, bakal dinukilan dengan dua bahasa yang carca-marba. Pepaham chuools je la kan sebab aku ni bukan kamus dewan bahasa dan pustaka pun nak rujuk semua bahasa dengan baik. Zaman hipster sekarang ni *aku ikut arus zaman walaupun dah tua* semua nak kena ikut peredaran zaman hocchay. So, tak kisah kalau korang suka atau tak bahasa yang aku pamerkan dekat blog ni. Tapi, iooolss takkan menggunakan bahasa yang kasar. BLOG MAKANAN je ni kan chuools.

Ketiga, aku akan cuba sekerap mungkin update kepada korang setiap makanan yang aku rasa best, reasonable, dan korang patut cuba. Jadi, korang jangan marah kalau aku update makanan setakat air teh tarik kedai mamak sebelah rumah. HeHeHe. Dalam blog makanan aku ni semua tempat akan aku jejak termasuklah, gerai tepi jalan. MAKANAN JUGAK KAN? Makcik-makcik yang jual tepi jalan tu jangan di pandang sebelah mata okay, mana tau diorg ada qualification nak masak dekat hotel sebenarnya. So, kalau korang rasa macam sedap jeeee makanan tu, macam comel je kuih makcik tu buat, korang jejak lah tempat tersebut yang bakal aku bagitau kepada korang semua. 

Keempatkorang support okay blog makanan aku ni, korang nak share tempat-tempat menarik pun memang dialu-alu kan sangat, at least aku tak ada ketinggalan zaman sangatkan dengan tempat-tempat makan yang best. Andai kata aku nak buat promosi makanan yang sesetengah individu nak cuba ketengahkan, korang support lagi tau. Senang cerita, SUPPORT lah blog ni. HeHeHe

p/s : Banyak sangat rules korang malaskan nak baca? So, nantikan lah blog makanan ni bergerak dengan setiap makanan aku cuba. :)  


So, OPPA, UNNIE, HYUNG, AKAK-AKAK, ADIK-ADIK, ABANG-ABANG dan  kepada CHUOOLS YANG HIPSTER, support blog ni okay. Maklumlah baru sangat wujud. BARU SANGAT! Orang yang baru start nak menjinak dalam dunia blog macam aku ni, memang memerlukan support daripada korang semua. Tapi, kalau makanan tu ikut sesedap selera tekak aku je, korang jangan marah. Tekak aku rasa best, tekak korang belum cuba belum tau. Hihi

Baiklah, dah tamat dah aku berleter kepada PEMBUKA KATA untuk blog ni, salam perkenalan kepada semua pembaca blog LOVEFOODAHOLICS. Xoxo. 

Bawah ni aku sertakan sikit gambar yang membuka selera awak semua *gambar google je pun*


BULGOGI (KOREAN FOODS)

SPAGHETTI MEATBALL 

KARIPAP PUSING (TRADITIONAL MALAY DESSERT)

NASI LEMAK AYAM 

SPICY INDIAN CURRY 
Credit to Google Inc. 


Lapar ke? Dah pergi cari makanan dekat dapur. HiHiHi.