29 January 2014

PEMBUKA KATA UNTUK SI KUAT PENCARI MAKANAN.

Hi Chuoollsss, awak!
*chuools nampak macam gedik sangat* HaHaHa

Pertama sekali, tujuan blog ni diwujudkan sebab... *ketuk dram sikit*

Jeng, jeng, jeng....

Sebab AKU ni suka sangat makan. So, alang-alang keluar makan banyak tempat, meh lah aku nak share sikit, banyak, banyak sikit dekat para penggemar makanan dekat luar sana. Kebanyakkan budak-budak sekarang nak share makanan sedap-sedap je kan dekat instagram, tak kisah lah walaupun korang ni minum dekat kedai mamak, masak maggi dekat rumah, ataupun order mineral water je dekat restoran mahal, semua nak instag kan? KAN? KAN? Percayalah, sebab aku pun buat. KAHKAHKAH

Kedua, dalam setiap post yang bakal aku pamerkan kepada chuools semua, bakal dinukilan dengan dua bahasa yang carca-marba. Pepaham chuools je la kan sebab aku ni bukan kamus dewan bahasa dan pustaka pun nak rujuk semua bahasa dengan baik. Zaman hipster sekarang ni *aku ikut arus zaman walaupun dah tua* semua nak kena ikut peredaran zaman hocchay. So, tak kisah kalau korang suka atau tak bahasa yang aku pamerkan dekat blog ni. Tapi, iooolss takkan menggunakan bahasa yang kasar. BLOG MAKANAN je ni kan chuools.

Ketiga, aku akan cuba sekerap mungkin update kepada korang setiap makanan yang aku rasa best, reasonable, dan korang patut cuba. Jadi, korang jangan marah kalau aku update makanan setakat air teh tarik kedai mamak sebelah rumah. HeHeHe. Dalam blog makanan aku ni semua tempat akan aku jejak termasuklah, gerai tepi jalan. MAKANAN JUGAK KAN? Makcik-makcik yang jual tepi jalan tu jangan di pandang sebelah mata okay, mana tau diorg ada qualification nak masak dekat hotel sebenarnya. So, kalau korang rasa macam sedap jeeee makanan tu, macam comel je kuih makcik tu buat, korang jejak lah tempat tersebut yang bakal aku bagitau kepada korang semua. 

Keempatkorang support okay blog makanan aku ni, korang nak share tempat-tempat menarik pun memang dialu-alu kan sangat, at least aku tak ada ketinggalan zaman sangatkan dengan tempat-tempat makan yang best. Andai kata aku nak buat promosi makanan yang sesetengah individu nak cuba ketengahkan, korang support lagi tau. Senang cerita, SUPPORT lah blog ni. HeHeHe

p/s : Banyak sangat rules korang malaskan nak baca? So, nantikan lah blog makanan ni bergerak dengan setiap makanan aku cuba. :)  


So, OPPA, UNNIE, HYUNG, AKAK-AKAK, ADIK-ADIK, ABANG-ABANG dan  kepada CHUOOLS YANG HIPSTER, support blog ni okay. Maklumlah baru sangat wujud. BARU SANGAT! Orang yang baru start nak menjinak dalam dunia blog macam aku ni, memang memerlukan support daripada korang semua. Tapi, kalau makanan tu ikut sesedap selera tekak aku je, korang jangan marah. Tekak aku rasa best, tekak korang belum cuba belum tau. Hihi

Baiklah, dah tamat dah aku berleter kepada PEMBUKA KATA untuk blog ni, salam perkenalan kepada semua pembaca blog LOVEFOODAHOLICS. Xoxo. 

Bawah ni aku sertakan sikit gambar yang membuka selera awak semua *gambar google je pun*


BULGOGI (KOREAN FOODS)

SPAGHETTI MEATBALL 

KARIPAP PUSING (TRADITIONAL MALAY DESSERT)

NASI LEMAK AYAM 

SPICY INDIAN CURRY 
Credit to Google Inc. 


Lapar ke? Dah pergi cari makanan dekat dapur. HiHiHi. 



No comments:

Post a Comment